fbpx
Istana Seri Kinabalu. - Foto: Ivan Amirul

17 angkat sumpah Pembantu Menteri Sabah, enam ADUN dilantik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seramai 17 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Pembantu Menteri Negeri Sabah, manakala enam lagi menerima watikah pelantikan sebagai ADUN Dilantik pada Majlis Angkat Sumpah di Istana Seri Kinabalu di sini hari ini.

Majlis penuh istiadat itu berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sabah dengan disaksikan Ketua Menteri serta barisan jemaah Kabinet Negeri Sabah.

Pelantikan berkenaan membabitkan wakil Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ADUN Bebas serta Parti Solidariti Tanah Airku (Star) sekali gus melengkapkan barisan kepimpinan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Antara yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Pembantu Menteri ialah ADUN Kiulu Datuk Joniston Bangkuai, ADUN Pitas Datuk Seri Dr. Ruddy Awah dan ADUN Klias Datuk Isnin Aliasnih.

Turut dilantik ialah Datuk Samad Jambri @ Jamri, ADUN Kuala Penyu Datuk Limus Jury, ADUN Lumadan Datuk Ruslan Muharam, ADUN Tandek Datuk Hendrus Anding serta ADUN Telupid Datuk Jonnybone J. Kurum.

Selain itu ADUN Limbahau Datuk Juil Nuatim, ADUN Tanjung Kapor Datuk Ben Chong Chen Bin, ADUN Pintasan Datuk Fairuz Renddan, ADUN Kukusan Datuk Rina Jainal dan ADUN Bandau Datuk Dr. Maijol Mahap turut mengangkat sumpah jawatan.

Pelantikan turut melibatkan Datuk Caesar Mandela Malakun, ADUN Tanjung Batu Dr. Andi Md. Shamsureezal Mohd. Saina, ADUN Tulid Jordan Jude Ellron serta ADUN Bingkor Datuk Mohd. Ishak Ayub.

Dalam majlis sama, enam individu menerima watikah pelantikan sebagai ADUN Dilantik iaitu Datuk Mohamed Razali Razi, Datuk Abdul Kassim Razali, Datuk Ir. Chin Shu Ying, Datuk Caesar Mandela Malakun, Datuk Roger Chin Ken Fong dan Puan Grace Lee Li Mei. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN