fbpx
SALIBA (kiri) dan Gabriel (kanan) disahkan tidak beraksi menentang Brentford awal pagi esok. - NOW ARSENAL

Benteng pertahanan Arsenal makin ‘rapuh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengendali Arsenal, Mikel Arteta mengakui risau implikasi lebih besar menanti pasukannya selepas kehilangan khidmat dua tonggak pertahanan, William Saliba dan Gabriel Magalhaes yang mengalami kecederaan ketika ini.

Menurut Arteta, kedua-dua pemain tersebut dijangka terus disisihkan dalam kesebelasan utama pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Brentford dalam aksi di Stadium Emirates awal pagi esok.

Arteta berkata, kecederaan yang menimpa adalah di luar jangkaan dan terpaksa mengharapkan pemain pertahanan baharu seperti Cristhian Mosquera dan Piero Hincapie untuk memastikan pasukan kembali berada di landasan kemenangan.

“Saya akui pening kepala kerana kita tidak bersedia untuk menghadapi situasi ini walaupun sering membuat pertukaran pemain sejak beberapa bulan lepas. Secara peribadi, saya tidak tahu bila kita dapat melihat gandingan Saliba-Gabriel kembali.

“Namun, saya bangga dengan prestasi pemain gantian seperti Mosquera dan Hincapie yang sedia untuk diturunkan dan mereka telah beraksi dengan baik pada perlawanan lepas (bertemu Chelsea) dan harap momentum itu dapat dikekalkan,” katanya.

Sementara itu, Arteta menyeru agar barisan pemain sedia untuk menggandakan usaha untuk kekal berada di kedudukan pendahulu liga walaupun berdepan jadual padat ketika ini.

“Bukan mudah untuk beraksi setiap tiga hari selepas mengharungi dua perlawanan sukar minggu lalu. Kita perlu lupakan segala keputusan yang lepas dan fokus untuk aksi bertemu Brentford,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN