fbpx
SHAHMALARANI (depan) membuktikan kehebatannya dengan meraih pingat perak Kejohanan Dunia baru-baru ini. - WORLD KARATE

Reputasi naib juara dunia jadi taruhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RATU kumite negara, C. Shahmalarani seakan memberi bayangan pingat emas Sukan SEA Thailand 2025 hampir pasti kekal menjadi miliknya selepas menghadirkan kejayaan bersejarah muncul naib juara pada Kejohanan Karate Dunia 2025 di Kaherah, Mesir.

Biarpun baru membuat debut di pentas berprestij dunia itu tetapi Shahmalarani membuktikan ia bukan halangan utama apabila berjaya menamatkan penantian 11 tahun negara sejak Syakilla Salny Jefry Krishnan meraih pingat perak edisi 2014.

“Ini detik paling bermakna buat saya. Saya gembira dapat membawa pulang pingat dunia untuk Malaysia. Debut Kejohanan Dunia dan masuk final selepas 11 tahun, saya sangat bersyukur,” katanya.

Dalam aksi final penentuan juara kumite bawah 50 kilogram (kg) wanita, Shahmalarani tewas 1-6 kepada atlet muda berusia 19 tahun dari Uzbekistan, Gulshan Alimardanova.

Lebih manis, Shahmalarani mempamerkan aksi bertenaga apabila menewaskan juara bertahan Kejohanan Dunia, Sara Bahmanyar dari Iran dengan keputusan 4-1 pada separuh akhir.

Shahmalarani mengakui kejayaan tersebut memberi tonik tambahan, namun tidak mahu terbawa emosi dalam misinya mempertahankan pingat emas dimenangi dua edisi berturut-turut pada Hanoi 2021 dan Kemboja 2023.

“Mungkin bukan warna pingat saya impikan, tetapi saya bersyukur atas usaha saya curahkan sepanjang kejohanan ini. Tiada penyesalan kerana saya percaya pada waktu yang sentiasa tepat.

“Sudah tentu ini satu suntikan semangat, tetapi saya tidak mahu jadikannya tekanan. Saya mahu kekal tenang dan tidak terlalu terbeban,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN