fbpx
JAGUH karate negara, C. Shahmalarani sambar pingat emas di Sukan SEA Thailand 2025.

Thevendran, Shahmalarani ‘mengganas’, sambar emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Skuad karate negara mengganas apabila menghadiahkan dua kilauan pingat emas buat Kontinjen Malaysia menerusi acara kumite pada Sukan SEA Thailand 2025, hari ini.

Dalam aksi final yang berlangsung di Kompleks Kerajaan Ratthaprasasanphakdi, kem karate negara ceria apabila pingat emas pertama dari gelanggang itu disumbangkan oleh Thevendran Kaliana Sundram menerusi kategori lelaki bawah 55 kilogram (kg).

Thevendran memperagakan aksi cukup garang apabila tidak memberi ruang kepada lawannya dari Vietnam, Chu Van Duc untuk bangkit sebelum mencatat kemenangan bersih 4-0.

Kejayaan itu sekali gus menyumbang pingat emas kelima buat kontinjen negara di temasya kali ini.

Rentak emas itu kemudiannya diteruskan oleh ratu karate negara, C. Shahmalarani yang menepati ramalan apabila mudah menguasai saingan kategori wanita bawah 50kg.

Berbekalkan status selaku pemegang ranking kelima dunia, Shahmalarani memastikan emas kedua karate menjadi milik Malaysia selepas menewaskan wakil Myanmar, Florence Nay Chi Htun, juga dengan keputusan 4-0. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN