fbpx
ISAK meledak gol pembukaan Liverpool ketika mereka membenam West Ham pada aksi kelmarin. - AFP

EPL: Liverpool akhiri badi kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Liverpool belum layak untuk berasa lega dengan prestasi semasa biarpun berjaya memastikan kemenangan 2-0 ke atas West Ham United kelmarin untuk menamatkan rentetan tiga kekalahan berturut-turut sebelum ini.

Penyerang baharu The Reds, Alexander Isak yang membuka akaun jaringannya bersama pasukan itu dalam saingan Liga Perdana Inggeris mengakui masih banyak kerja dan usaha kerasn yang perlu dilakukan bagi mengekalkan momentum lebih baik.

“Kami perlu kekalkan momentum seperti ini. Saya juga sedang cuba untuk kembali ke prestasi sebelum ini dan berada di landasan untuk ke arah itu untuk menjadi lagi baik bagi membantu pasukan.

“Sudah pasti saya juga gembira dapat menyumbangkan jaringan buat pasukan. Perasaan sekarang bercampur baur, tetapi lebih manis adalah kerana dapat bantu pasukan memenangi perlawanan.

“Ini adalah cara terbaik untuk memastikan pasukan memiliki semangat yang lebih baik dan ia juga pastinya akan membantu pemain secara individu,” katanya.

Terdahulu, The Reds yang tewas tiga perlawanan berturut-turut membuka jaringan menerusi Isak sebelum Cody Gakpo melengkapkan hari penuh makna buat pasukan.

Mengulas lanjut, Isak menjelaskan seluruh pasukan wajar menggunakan kemenangan kali ini sebagai batu loncatan bagi memastikan Liverpool mampu tampil lebih baik pada perlawanan akan datang.

“Saya fikir kami perlu gunakan kemenangan ini dengan cara yang betul. Satu kemenangan tidak bermakna kami sudah bangkit tetapi kami kena rendah diri, kekal fokus dan bekerja keras,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN