fbpx
Tangkap layar sebuah lori dipandu lawan arus di Lebuh Raya Utara-Selatan, hari ini.

Pemandu lori lawan arus direman 7 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Suspek lelaki yang ditahan selepas memandu lori secara lawan arus sejauh kira-kira 150 kilometer (km) dalam pemeriksaan polis semalam, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin, permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) telah dibenarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Kuala Kubu Bharu bermula hari ini hingga Ahad ini.

“Suspek akan ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam Kosmo! melaporkan, tindakan seorang pemandu lori yang memandu lawan arus sejauh 150 km bagi melarikan diri ketika pemeriksaan mengundang padah apabila dia ditahan polis di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung.

Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan daripada unit peronda pada pukul 5.35 pagi yang memaklumkan sebuah lori enggan berhenti ketika ditahan.

Jelasnya, polis kemudian berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun di Taman Bunga Raya Bukit Beruntung termasuk merampas sebuah lori jenis Mitsubishi.

Katanya, kes disiasat di bawah seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI