fbpx
Keadaan banjir di Kampung Titi Gantung, Bota baru-baru ini. - Foto FB KAMPUNG TITI GANTUNG

Perak paling tinggi, 12,992 mangsa banjir masih di PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Cuaca baik sejak Sabtu lalu menunjukkan trend penurunan mangsa banjir apabila seramai 12,992 orang daripada 4,110 keluarga berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 10 pagi ini.

Jumlah ini menyaksikan pengurangan berbanding 16,980 mangsa semalam di lapan negeri.

Menurut laman web Info Bencana JKM, Perak mencatatkan jumlah mangsa tertinggi seramai 4,535 mangsa daripada 1,372 keluarga terlibat.

“Di Perak, sebanyak 29 PPS termasuk 10 di Hilir Perak dibuka dengan menempatkan seramai 1,915 mangsa.

“Selain itu, Selangor menempatkan seramai 2,579 mangsa di keluarga di 30 PPS, berbanding 3,631 mangsa direkodkan semalam,” katanya.

Sementara itu, jumlah mangsa di Perlis merekodkan seramai 3,002 mangsa di 22 PPS, membabitkan 1,116 keluarga.

“Di Terengganu, seramai 1,072 mangsa berada di 44 PPS melibatkan 332 keluarga, dengan catatan mangsa tertinggi di daerah Kuala Terengganu,” katanya.

Jumlah mangsa turut direkodkan di Kelantan (877), Pahang (578), Kedah (294), Negeri Sembilan (40), Sarawak (14) mangsa dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (8) mangsa.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat semasa di laman rasmi infobanjir melalui pautan publicinfobanjir.water.gov.my. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI