LIVERPOOL – Newcastle United berjaya menamatkan penantian untuk mencatatkan kemenangan sulung di tempat lawan musim ini selepas menewaskan Everton 4-1, awal pagi semalam.
Pengurusnya, Eddie Howe anggap ia menjadi langkah besar buat kelab itu untuk memburu keputusan yang lebih baik pada masa akan datang.
Anthony Elanga dan Lewis Miley yang berada dalam kesebelasan utama bagi mengisi tempat Sandro Tonali dan Anthony Gordo segera beri impak, kedua-duanya terbabit dalam jaringan dihasilkan oleh The Magpies.
“Adalah cukup penting kerana kami tidak pernah lagi merasai apa yang kami rasa sekarang. Saya sangat gembira dengan permainan kami ini hingga membolehkan kami mampu mengesahkan kemenangan.
“Kami mempunyai banyak kerja dan perlu menyelesaikan beberapa isu yang pasukan hadapi. Namun, bagi saya ini adalah detik hebat buat kami dan ia adalah langkah besar kepada perjalanan pasukan,” katanya.
Dalam perlawanan kali ini, Malick Thiaw meledak dua gol diikuti satu jaringan daripada Miley dan Nick Woltemade manakala jaringan tunggal The Toffees disumbangkan leh Kiernan Dewsbury-Hall.
Ketika ditanya adakah kemenangan ini akan mengurangkan tekanan yang dihadapi, Howe tiada jawapan khusus. “Masa akan memberikan jawapan, saya tidak akan memberikan sebarang kenyataan kerana perjalanan masih lagi panjang,” katanya. – AGENSI














