fbpx
Keadaan tanah runtuh yang berlaku di Kampung Tapai, Pos Hau, Gua Musang semalam. FOTO IHSAN ORANG ASLI

Tanah runtuh, Orang Asli Pos Balar terkandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Lebih 1,000 penduduk Orang Asli di Pos Balar di sini terkandas apabila berlaku kejadian tanah runtuh akibat cuaca hujan berterusan dekat Kampung Tapai, Pos Hau di sini semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Balar, Hanan Anjang berkata, dia menerima maklumat tentang kejadian tanah runtuh berkenaan daripada Penghulu Kampung Tapai pagi semalam.

Katanya, akibat kejadian terbabit, penduduk Orang Asli yang ingin pulang ke Pos Balar hari ini terpaksa bergotong-royong mengangkat motosikal untuk melalui kawasan runtuhan terbabit.

“Penduduk kini dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Ipes dan Kampung Barung, Pos Balar.

“Kami terputus hubungan apabila kenderaan pacuan empat roda sudah tidak dapat masuk ke penempatan kami dan kami juga tidak dapat keluar,” katanya.

Menurut Hanan, kejadian terbabit menyebabkan penduduk yang ingin keluar mencari bekalan makanan terpaksa menangguhkan hasrat mereka.

Katanya, dia berharap tindakan segera dapat diambil oleh pihak berwajib untuk menyelesaikan masalah runtuhan tanah berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI