fbpx
Gambar hiasan.

151 ‘hot spot’ banjir di KL, Putrajaya, Pahang dipantau Alam Flora

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebanyak 151 kawasan yang terdedah dengan banjir dan berisiko di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang kini berada di bawah pengawasan pasukan Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Shariman Yusuf Mohamed Zain, syarikat telah bersiap sedia menghadapi kemungkinan ribut dan banjir di tiga negeri tersebut dengan menempatkan pasukan operasinya dalam keadaan bersiap siaga penuh.

Katanya, langkah awal ini dilakukan bagi memastikan tindakan pantas dapat diambil untuk menangani sekatan pada sistem aliran longkang dan parit yang berisiko menyebabkan banjir akibat hujan lebat serta ribut sejak kebelakangan ini.

“Syarikat telah membuat persiapan awal dengan menugaskan kakitangan sedia ada bagi kerja-kerja pembersihan awam serta operasi di kawasan Kuala Lumpur yang dikenal pasti berisiko banjir.

“Di Putrajaya dan Pahang, tenaga kerja sedia ada turut digerakkan untuk memberi tumpuan kepada kawasan terdedah kepada banjir, bagi memastikan kelancaran operasi pembersihan dan pengurusan sisa sepanjang musim hujan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, syarikat turut menggunakan jentera high-pressure jetter iaitu mesin semburan air bertekanan tinggi yang berfungsi membersihkan sekatan pasir, tanah atau sampah di parit dan saluran air.

“Langkah ini dilaksanakan di kawasan kritikaldi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang bagi memastikan sistem saliran berfungsi dengan baik,” ujarnya.

Sementara itu, Shariman Yusuf menjelaskan kerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya, pihak berkuasa tempatan di Pahang serta SWCorp membolehkan Alam Flora mengenal pasti kawasan tumpuan banjir.

“Di Kuala Lumpur, terdapat 15 lokasi kritikal termasuk Jalan Rahmat, Jalan Sultan Azlan Shah, Lebuh Raya Sultan Iskandar (hadapan Parlimen), Jalan Tun Sambanthan Brickfields, Kampung Pasir, Jalan Pudu dan Jalan Genting Klang (UTAR).

“Di Putrajaya, 11 kawasan terlibat termasuk Jalan Yun Hussein (Presint 4), Jalan P8 berhampiran Medan Selera dan Padang Sintetik (Presint 8), Jalan P10A (Presint 10), Laman Duta – Jalan Presint 15, Simpang 4 Petronas (Presint 18) serta Jalan hadapan PPAM Kasturi (Presint 17),” jelasnya.

Tambahnya, di Pahang sebanyak 125 kawasan dikenalpasti berisiko banjir merangkumi daerah utama seperti Temerloh (26 kawasan), Bera (16), Bentong (13), Raub (12), Kuala Lipis (12), Kuantan (11), Cameron Highlands (9), Jerantut (9) dan Rompin (6).

“Kawasan lain termasuk Maran, Pekan, Muadzam dan Tioman,” katanya.

Shariman Yusuf menasihatkan orang ramai agar membuang sisa dengan betul dan tidak ke dalam longkang, selain bijak mengurus tong sampah ketika banjir termasuk meletakkan di kawasan berpagar atau tempat tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI