fbpx
GAMBAR HIASAN

Percutian bertukar tragedi, anak maut jatuh tingkat 24

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seorang remaja perempuan ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 24 sebuah rumah inap di Taman Kota Syahbandar di sini, petang tadi.

Mangsa yang berusia 15 tahun dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di tingkat bawah oleh pekerja keselamatan kira-kira pukul 2 petang tadi.

Menurut sumber, mangsa datang bercuti ke Melaka bersama ibu bapanya sejak minggu lalu dan dikatakan keluar untuk mengambil pesanan makanan sebelum kejadian.

“Bapa mangsa meminta anaknya turun untuk mengambil makanan pada pukul 1.30 tengah hari dan menyedari remaja itu tidak pulang ke tempat penginapan mereka selepas 20 minit menunggu.

“Dia kemudian turun mencari anaknya selepas gagal menghubungi telefon bimbit remaja itu sebelum dimaklumkan kad akses kediaman mereka ditemukan di tingkat 24,” katanya ketika dihubungi pemberita, hari ini.

Tambahnya, saksi kemudian membawa bapa mangsa ke lokasi penemuan kad akses tersebut.

“Remaja itu dijumpai di kawasan bawah bangunan dan disahkan sudah meninggal dunia. Mayat warga asing itu dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN