fbpx
Gambar dimuat naik di Facebook Mohd. Izhar memaparkan seorang kanak-kanak lelaki mengutip kotak di sekitar Seksyen 15, Bandar Baru Bangi.

Keluarga budak lelaki kutip kotak dibantu Zakat Selangor sejak 2016

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kanak-kanak lelaki yang tular mengutip kotak di sekitar Seksyen 15, Bandar Baru Bangi merupakan keluarga asnaf miskin berdaftar dengan Zakat Selangor sejak 2016.

Lembaga Zakat Selangor menerusi Facebook menjelaskan, berdasarkan siasatan dan maklumat Penolong Amil Kariah Masjid Teras Jernang, pihaknya mengesahkan ketua keluarga tersebut kini sedang menerima rawatan di hospital.

“Mempunyai enam anak berusia antara empat hingga 21 tahun, bertempat di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi

“Keluarga ini menerima pelbagai bantuan Zakat Selangor dari semasa ke semasa, antaranya bantuan kewangan bulanan, bantuan pendidikan, bantuan keperluan asasi, bantuan hari raya serta antuan lain mengikut keperluan,” menurut hantaran itu hari ini.

Zakat Selangor akan terus memantau situasi keluarga ini dan memastikan kebajikan mereka dijaga dengan sebaiknya.

“Terima kasih kepada masyarakat yang peka dan prihatin,” kata Zakat Selangor.

Kosmo! Online malam tadi melaporkan, pendakwah dan personaliti televisyen, Profesor Madya Datuk Dr. Mohd. Izhar Ariff Mohd. Kashim berkongsi detik menyentuh hati apabila berpeluang membantu seorang murid yang mengutip kotak terpakai untuk dijual demi membantu keluarga.

Kejadian itu berlaku tengah hari tadi di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi ketika beliau singgah untuk makan di kawasan berkenaan.

Mohd. Izhar dipetik berkata, berkata beliau mengajak murid itu makan bersamanya, namun ajakan tersebut pada mulanya ditolak dengan alasan tidak sesuai kerana keadaan dirinya yang tidak terurus.

Susulan kejadian itu, beliau merayu agar pihak wakil rakyat setempat dan Lembaga Zakat Selangor Cawangan Bangi meneliti nasib keluarga murid berkenaan yang disyaki hidup dalam kesempitan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN