fbpx
Sebahagian pelajar UUM yang masih terkandas di Hatyai, Thailand.

Usaha selamatkan pelajar, pensyarah UUM pagi esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINTOK – Operasi memindahkan 36 pelajar dan empat pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) yang terkandas di sebuah hotel di Hatyai, Thailand dijangka dilakukan pada pagi esok.

Perkara itu dimaklumkan menerusi akaun Facebook UUM malam ini.

Pihak UUM dimaklumkan bahawa operasi tersebut akan cuba dilakukan pihak Konsulat Jeneral Malaysia dengan bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Marilah sama-sama kita berdoa agar perkara ini dapat dilaksanakan esok,” katanya.

Hantaran itu juga menyebut bahawa UUM melalui bantuan NGO telah menggerakkan 12 bot untuk memberikan bantuan makanan dan keperluan asas kepada pelajar UUM di Hotel Wangburapa Grand.

Walau bagaimanapun, bot terpaksa berpatah balik kerana arus air terlalu deras.

Hotel berkenaan terletak berhampiran sungai dengan ketinggian paras air telah melebihi satu tingkat hotel itu.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan arus deras di sekitar Hotel Wangburapa Grand di Hatyai, Thailand menyukarkan usaha menyelamat 36 pelajar dan empat pensyarah UUM yang terkandas sejak Jumaat lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN