fbpx
GAMBAR fail KRI dr Radjiman Wedyodiningrat-992 di Kepulauan Riau. - AFP

Tentera Indonesia siap sedia hantar 3 kapal hospital ke Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Tiga kapal hospital milik Tentera Laut Indonesia akan dikerahkan dalam satu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, lapor laman berita TRT World semalam.

Menurut agensi berita Antara, buat masa ini, tentera laut sedang menyediakan kapal tersebut untuk tujuan itu.

“Tentera laut kini mengendalikan tiga kapal bantuan hospital. Pada prinsipnya, kesemuanya sudah bersedia untuk dikerahkan dan melaksanakan operasi kemanusiaan,” kata Ketua Perkhidmatan Maklumat Tentera Laut, Laksamana Pertama Tunggul.

Beliau berkata, kapal-kapal itu dilengkapi kemudahan perubatan dan helikopter untuk menyokong pemindahan pesakit.

Tunggul memberitahu, pihaknya sedang menunggu arahan daripada panglima tentera laut dan pemerintah untuk arahan belayar.

“Setakat ini, Tentera Laut Indonesia memiliki tiga kapal kelas hospital iaitu KRI dr Soeharso-990, KRI dr Wahidin Sudirohusodo-991 dan KRI dr Radjiman Wedyodiningrat-992,” kata Tunggul seperti dipetik akhbar Kompas.

Pada Isnin lalu, Panglima Tentera Laut Indonesia, Jeneral Agus Subiyanto mengumumkan bahawa angkatan tentera telah menyediakan pesawat pengangkut C-130 Hercules dan kapal tentera laut untuk misi pengaman di Gaza.

Pesawat C-130 akan digunakan untuk mengangkut logistik dan kakitangan, manakala kapal hospital akan membawa pasukan perubatan serta menyediakan kemudahan rawatan untuk orang awam di Gaza.

Agus turut berkata, angkatan tentera Indonesia telah menyediakan pasukan pengaman yang terdiri daripada tiga briged komposit, namun tidak menyatakan tarikh askar-askar tersebut akan dikerahkan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN