fbpx
Tangkap layar video menunjukkan tiga lelaki berjalan di atas kabel elektrik ketika banjir besar melanda Hatyai semalam. - Facebook 

Penduduk terperangkap banjir terpaksa berpaut kabel elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Sekumpulan penduduk di Hatyai, Thailand mengundang perhatian ramai apabila dirakam berjalan di atas kabel elektrik untuk menuju ke tempat selamat selepas daerah itu dilanda banjir besar, lapor portal berita Thaiger. 

Rakaman video dimuat naik di platform Facebook menunjukkan tiga lelaki berjalan sambil berpaut pada kabel elektrik ketika paras air meningkat sehingga menenggelamkan rumah dan bangunan. 

Mereka bertindak demikian bagi mencari makanan atau tempat perlindungan. 

Banjir kilat berterusan menyebabkan banyak jalan raya tidak dapat dilalui, dengan bekalan elektrik dihentikan bagi tujuan keselamatan. 

“Tolong kasihani kami. Banyak nyawa masih menunggu untuk keluar dari dari sini. Paras air sudah meningkat ke tingkat dua. 

“Makanan dan minuman sudah banyak habis. Tolong bantu. Saya tidak dapat menghubungi mana-mana unit penyelamat. Kami berada di Jalan Phonphichai, bertentangan Wat  Phutthikaram atau Wat Plak Krim Nai,” demikian menurut keterangan video itu. 

Perakam video bernama Kang Namthip kemudian berkongsi satu klip video yang menunjukkan dirinya dan beberapa penduduk lain bertenggek di atas bumbung sambil menunggu bantuan. 

Pada masa sama, Namthip mengecam kerajaan Thai dan pejabat pentadbiran wilayah akibat pengurusan banjir yang lemah dengan mendakwa bahawa tiada bantuan diterima biarpun penduduk diarah untuk berpindah. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN