fbpx
QUARTARARO terus menghentam prestasi jentera Yamaha yang gagal membantunya memberikan saingan kompetitif. - AFP

MotoGP: Yamaha muak ‘gelagat’ Quartararo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

VALENCIA – Kem pasukan Yamaha bergolak lagi apabila pelumba utamanya, Fabio Quartararo terus-menerus membuat kritikan terhadap kelemahan jentera pasukan itu sepanjang saingan musim ini.

Kali ini, Pengarah Perlumbaan MotoGP Yamaha, Paolo Pavesio seolah-olah sudah hilang sabar dengan sikap Quartararo apabila memberitahu, kritikan secara terbuka seperti itu langsung tidak membantu pasukan.

Beliau berkata, jentera YZR-M1 masih menunjukkan prestasi cukup baik bagi kempen musim ini apabila pelumba Perancis itu beberapa kali muncul pelumba terpantas dan memulakan perlumbaan di petak hadapan.

“Sebagai seorang manusia, saya faham dengan kekecewaan Fabio (Quartararo), tetapi kita semua adalah profesional dan mengharungi cabaran ini bersama. Dia juga menerima tawaran untuk terus bersama dengan kami.

“Sepanjang 2025, dia bermula di petak hadapan sebanyak lima kali dan itu membuktikan bahawa jentera cukup laju. Membuat kritikan secara terbuka sebenarnya tidak membantu pasukan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menafikan dakwaan yang mengatakan Yamaha semakin melangkah ke belakang selain berikrar pasukan itu akan menghasilkan jentera terbaik bagi memujuk Quartararo terus kekal.

“Kami yakin dan komited untuk membina jentera yang boleh memastikan Fabio terus kekal. Orang cakap kami semakin berundur, itu tidak benar kerana kami ada Sang Juara yang terus menjadi elemen penting dalam projek Yamaha,” ujar Pavesio. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN