fbpx
MIKE THEIN (empat dari kiri) menerima sumbangan berjumlah RM10,000 daripada Konica Minolta Business Technology di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka.

APM Melaka sedia digerakkan ke lokasi banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka berada pada tahap kesiapsiagaan penuh untuk digerakkan ke mana-mana negeri yang dilanda banjir Monsun Timur Laut.

Kol. Bersekutu (PA) Mike Thein, Pengerusi Pegawai-Pegawai Bersekutu Korporat (PPBK) berkata, pasukannya telah menjalani latihan intensif termasuk kemahiran menyelamat di air, navigasi bot, penyelenggaraan enjin dan komunikasi kecemasan.

Katanya, pasukan itu juga sedang mempersiapkan bekalan asas seperti makanan dan barangan keperluan untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

“Pasukan kami terdiri daripada ahli perniagaan dan wakil komuniti yang menjalani latihan intensif bencana banjir.

“Kami bersedia untuk digerakkan dengan ke mana-mana negeri sekiranya situasi banjir menjadi kritikal,” katanya ketika ditemui selepas menerima sumbangan RM10,000 daripada Konica Minolta Business Technologies (Malaysia) Sdn Bhd yang disampaikan Pengarah Pengurusan, Naoto Uryu.

Mengulas lanjut beliau berkata, dana yang diterima itu akan digunakan untuk memperkukuh latihan dan kapasiti PPBK bagi meningkatkan keberkesanan operasi menyelamat.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI