fbpx
Anggota bomba ketika menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Simpang Tiga, Task Gelugor, petang tadi. Foto IHSAN JBPM

Banjir Tasek Gelugor: 43 keluarga, 20 pelajar tahfiz pindah PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Sebanyak 43 keluarga bersama 20 pelajar tahfiz telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Tasek Gelugor di sini, selepas kawasan berkenaan dilanda banjir sejak petang tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tasek Gelugor, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Yazid Taib berkata, PPS terlibat adalah di Desa Puri dan Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Jaya.

Menurutnya, setakat ini seramai 21 keluarga terdiri 107 orang mangsa ditempatkan di PPS Desa Puri setakat pukul 12 tengah hari tadi.

“Terkini, terdapat 15 keluarga dan 20 pelajar tahfiz dipindahkan di PPS SK Pengkalan Jaya setakat pukul 4 petang tadi,” katanya kepada Kosmo! di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, JBPM negeri, John Sagun Francis pula memberitahu, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian banjir di Kampung Simpang Tiga, Tasek Gelugor pada pukul 4.59 petang tadi.

“Apabila pasukan bomba tiba di tempat kejadian mendapati terdapat kawasan perumahan di situ telah dinaiki air dan mengakibatkan banjir.

“Anggota bertindak menyelamatkan empat mangsa melibatkan tiga warga emas terdiri seorang lelaki dan dua wanita serta seorang kanak-kanak lelaki,” katanya.

Jelasnya lagi, kesemua mangsa terbabit telahpun diserahkan kepada keluarga terdekat dalam keadaan selamat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN