fbpx
Petugas kesihatan membawa mangsa untuk rawatan lanjut dan kanan, ular sawa yang berjaya ditangkap pihak bomba, hari ini.

Kaki pekerja farmasi digigit ular sawa dalam tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Detik ngeri terpaksa dilalui seorang pekerja wanita apabila kakinya digigit seekor ular sawa sepanjang dua meter di dalam tandas farmasi tempatnya bekerja di Setia Alam, hari ini.

Kejadian menimpa mangsa berusia 23 tahun itu diketahui kira-kira pukul 3.46 petang selepas bomba menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian sebelum tiba 4.04 petang.

Katanya, berdasarkan maklumat awal mangsa telah digigit ular sawa ketika menggunakan tandas di premisnya.

“Anggota bertugas berjaya melepaskan mangsa dari gigitan ular dan seterusnya menyerahkan mangsa kepada petugas kesihatan untuk rawatan selanjutnya,” katanya hari ini.

Jelas beliau, ular sawa sepanjang dua meter dilepaskan di lokasi yang selamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI