fbpx
Antara langkah yang diambil Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia dengan mewujudkan Renjer Komuniti bagi memantau isu berkaitan hidupan liar serta rondaan. - NOR AINNA HAMZAH

Masih ada 700 harimau kumbang di Semenanjung Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Jabatan Perlin­dungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mendedahkan terdapat sekitar 500 hingga 700 ekor harimau kumbang di seluruh Semenanjung Malaysia.

Jabatan Perhilitan dalam kenyataan berkata, berdasarkan Program National Tiger Survey (NTS) 2016 hingga 2020, pihak­nya mendapati populasi harimau kubang banyak dikesan di Negeri Sembilan.

Katanya, disebabkan spesies ini susah untuk dikenal pasti di peringkat individu, pihak Perhilitan menggangap kepadatan spesies panthera pardus atau harimau kumbang berkenaan adalah tinggi.

“Sekiranya terdapat gangguan di kawasan habitat harimau kumbang ini, ia boleh menyebabkan spesies ini keluar dari habitat dan menyebabkan konflik dengan manusia.

“Kajian dan ulasan saintifik menyatakan anggaran 500 hingga 700 ekor taburan harimau kumbang di Semenanjung Malaysia.

“Melalui rekod konflik Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan, harimau kumbang adalah pemangsa bagi hidupan liar contohnya babi hutan, rusa dan juga kadang-kadang haiwan ternakan seperti kambing dan anjing jika sumber makanan berkurangan di habitat semulajadi,” katanya kepada Kosmo!.

Menurut Perhilitan, pada tahun lalu, sebanyak 118 aduan diterima membabitkan kemun­culan harimau kumbang dengan enam daripadanya berjaya masuk perangkap Perhilitan Negeri Sembilan.

“Antara tangkapan pada tahun lalu ialah di Kampung Te­rentang, Batu Kikir, Taman Suria, Tampin, Kampung Gamui, Charik, Inas dan Kampung Padang Besar, Chengkau di Rembau,” katanya.

Dalam pada itu, jabatan berkenaan menyatakan pengecilan habitat menjadi ancaman utama kepada spesies berkenaan dan faktor sumber makanan yang semakin berkurangan dihabitatnya juga boleh menyebabkan harimau kumbang keluar ke penempatan manusia yang berdekatan dengan hutan simpan untuk mendapatkan makanan.

“Dari pihak jabatan pula, sebaik menerima aduan penduduk tentang kemunculan harimau kumbang, Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan akan bertindak segera memasang perangkap kamera dan perangkap harimau kumbang di kawasan aduan tersebut.

“Penangkapan, rawatan, dan translokasi akan dilakukan. Sebagai contohnya, seekor harimau kumbang yang berjaya masuk perangkap di Kampung Tumang, Johol setelah tiga tahun usaha pemantauan dan pemasangan perangkap harimau kumbang dilakukan.

“Hidupan liar tersebut telah ditangkap dan kemudian dibawa Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan Sungkai Perak untuk rawatan sebelum dilepaskan semula ke habitat asal,” katanya.

Selain itu, pihaknya juga melaksanakan tindakan pemantauan dan rondaan seperti menasihatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati di laluan yang dilintasi hidupan liar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN