fbpx
Tengku Zafrul menyertai delegasi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siri lawatan ke tiga negara di benua Afrika.

Malaysia teroka peluang dagang, pelaburan baharu di Botswana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memaklumkan pertemuan dengan Naib Presiden Botswana, Ndaba Nkosinathi Gaolathe, membuka peluang untuk memperkukuh hubungan ekonomi Malaysia-Botswana.

Beliau berkata, pihaknya melihat potensi besar bagi syarikat Malaysia untuk melabur dan menggunakan Botswana sebagai pintu masuk ke pasaran Southern African Development Community (SADC) yang memiliki lebih 300 juta pengguna.

Katanya, sektor-sektor utama yang dikenalpasti termasuk Tenaga Boleh Diperbaharui (terutamanya Solar PV), ICT, dan Pembuatan bernilai tinggi.

“Kerajaan Botswana juga menawarkan insentif cukai yang menarik dan kemudahan pendaftaran perniagaan.

“Ini adalah masa yang tepat untuk syarikat Malaysia mengambil peluang dalam agenda diversifikasi ekonomi Botswana!,” katanya dalam satu hantaran di laman X, hari ini.

Baru-baru ini, Tengku Zafrul memaklumkan dalam tempoh sembilan bulan pertama 2025, Malaysia telah menarik pelaburan yang diluluskan berjumlah RM285.2 bilion, dengan pelaburan asing menyumbang 52.9 peratus daripadanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN