fbpx
Pemuda terselamat selepas terlibat kemalangan di Jalan Bukit Tengah, awal pagi tadi. IHSAN JBPM

Pemuda cemas Perodua Viva terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang pemuda mengalami detik cemas selepas kereta Perodua Viva yang dia pandu terbabas lalu terbalik di bahu jalan di Jalan Bukit Tengah di sini, awal pagi tadi.

Mangsa berusia 20 tahun yang dikatakan memandu seorang diri itu ditemukan dalam keadaan stabil, dalam kejadian kira-kira pukul 1.46 pagi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, JBPM negeri, John Sagun Francis berkata, operasi menyelamat melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai.

Menurutnya, operasi tersebut turut melibatkan bantuan BBP Bandar Perda.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak membuat kerja-kerja pembersihan sisa kemalangan dan memastikan tiada kemerbahayaan lain,” katnya di sini, malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI