fbpx
NEWCASTLE berdepan tugas berat untuk turun menentang Manchester City awal pagi esok dengan rekod satu kemenangan dalam 35 aksi sebelum ini. - AFP

EPL: Howe tuntut reaksi segera pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Newcastle United sedang melalui tempoh paling goyah musim ini apabila hanya mencatat tiga kemenangan selepas 11 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), sekali gus menimbulkan tekanan besar terhadap Eddie Howe menjelang jadual yang semakin padat.

Howe berkata, prestasi The Magpies ketika ini tidak memenuhi sasaran kelab yang mahu mengulangi pencapaian kelompok lima terbaik musim lalu, malah aksi di tempat lawan menjadi punca utama kemerosotan mereka.

“Prestasi EPL kami belum cukup baik, terutama di tempat lawan. Kami tahu kami perlu lebih konsisten dan meningkatkan persembahan keseluruhan,” kata Howe.

Newcastle turut memasuki cuti rehat antarabangsa dengan prestasi hambar selepas tewas dua perlawanan berturut-turut menentang West Ham dan Brentford menyebabkan mereka sekadar menghuni tangga ke-14 ketika ini.

“Kami perlukan lebih banyak jaringan dan kestabilan. Jadual dua bulan ini sangat kejam dan kami tak boleh biarkan trend negatif berpanjangan. Ini minggu paling penting buat kami,” jelasnya.

Pemain pertahanan kanan, Kieran Trippier turut mengakui tekanan dalam bilik persalinan semakin terasa apabila permintaan penyokong meningkat seiring perkembangan pesat kelab tersebut.

“Kami faham kekecewaan penyokong. Tiada alasan daripada kami terutama di tempat lawan, kami perlu jauh lebih baik. Kami janji keputusan akan berubah dan seperti biasa, kami beri 110 peratus setiap perlawanan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI