fbpx
Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, atas tuduhan mencabul adik angkat yang mempunyai ikatan kekeluargaan dalam sebuah kereta di tepi jalan di Jempol, Isnin lalu. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/KOSMO!

‘Ada suara suruh saya pegang dia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, atas tuduhan mencabul adik angkat yang mempunyai ikatan kekeluargaan dalam sebuah kereta di tepi jalan di Jempol, Isnin lalu.

Tertuduh berusia 46 tahun membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa berusia 15 tahun di dalam sebuah kereta.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira 2.30 petang, 17 November lalu di tepi jalan besar Serting Tengah menghala ke Batu Kikir.

Oleh itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 14(a)(i) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 10 tahun.

Perbuatan itu merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni memohon satu tarikh baharu bagi lantikan peguam dan menawarkan wang jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan berikutan hubungan melibatkan keluargaan.

Tertuduh dalam rayuan jaminannya memohon jaminan rendah memandangkan dia baharu sahaja bercerai dan menjaga dua anaknya, selain menanggung hutang bank yang dibuat bekas isteri atas namanya.

“Saya ada masalah kesihatan… psikiatri, ada gangguan macam terdengar suara. Temujanji saya 25 Disember ini,” katanya sambil disoal kembali oleh Hakim yang mempersoalkan tarikh temujanji tersebut yang merupakan cuti umum perayaan Krismas.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN