PETALING JAYA – Orang ramai kagum dengan keberanian seorang pekerja lelaki yang dilihat tenang serta selamba membersihkan kandang yang menempatkan beberapa ekor ular berbisa di Taman Ular dan Reptilia Perlis.
Menerusi video dimuat naik lelaki tersebut pada TikTok Yus Perlis memperlihatkan, dia sedang menyapu di dalam kandang dipenuhi beberapa ekor ular.
Sewaktu melakukan kerjanya, reptilia tersebut menaikkan kepala seolah-olah mahu mematuk lelaki itu.
Bagaimanapun, lelaki berkenaan dilihat tenang dan meneruskan kerjanya, malah dia dengan selamba hanya menolak perlahan ular-ular yang cuba mendekatinya.
Menerusi ruangan komen, orang ramai memberikan pelbagai maklum balas berunsur lawak jenaka, malah ada juga yang teruja dengan keberanian lelaki tersebut melakukan kerjanya di situ.
“Kalau aku kerja sini, 8 pagi masuk, 8.01 pagi dekat bilik jenazah,” komen seorang pengguna TikTok @Soyayoya.
“Gaji RM10 juta pun saya tak mahu bang. Takut dengan ular,” komen @Raraofficialstore.
“Bagi aku gaji RM1,000 sehari pun aku tak nak,” kata @Nur Cahaya.
“Abang buat ular tu macam ayam je. Memang kental kau bang. Kalau aku mungkin siap mengucap dah kat situ,” komen seorang lagi pengguna TikTok. – KOSMO! ONLINE
@yus_perlis 🥰🥰🥰kerja harian kita….kita bukan kerja dok pejabat,kita hanya kuli sahaja,berkerja smbil pertaruhkan nyawa untuk cari rezeki🤭🤭@Taman Ular & Reptilia Perlis ♬ original sound – Mohd Asyraf Azizan














