fbpx
Tangkap layar video menunjukkan pasangan itu ditahan warga setempat sebelum dibawa ke Balai Polis Kaligondang. - TikTok

Kereta ‘bergoyang’ di depan masjid waktu malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Penduduk di Purbalingga, wilayah Jawa Tengah menangkap sepasang lelaki dan perempuan bukan mahram selepas kereta dinaiki mereka dilihat ‘bergoyang’ tanpa henti, lapor portal berita Jawa Pos. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 1 pagi (waktu tempatan) di perkampungan Kembaran Wetan kelmarin. 

Beberapa saksi memberitahu bahawa tangkapan itu dibuat selepas penduduk melihat sebuah kereta ‘bergoyang’ di hadapan masjid. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @user92729782976 menunjukkan pasangan itu ditahan sebelum dibawa kepada Balai Polis Kaligondang. 

Klip video itu mencatatkan lebih 949,400 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Wanita itu bertudung,” kata seorang netizen. 

“Malu seumur hidup,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN