fbpx
COOLS (kanan) memberi amaran kepada rakan sepasukan supaya tidak memandang enteng kemampuan Nepal yang mampu memberikan kesukaran. - Foto ihsan FAM

Harimau Malaya tekad lunaskan misi ke Piala Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAPTEN skuad Harimau Malaya, Dion Cools menggesa rakan-rakan sepasukan tidak memandang rendah pasukan Nepal menjelang perlawanan kelayakan Kumpulan F saingan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Menurut Cools, walaupun Nepal menduduki ranking di kedudukan ke-180 dunia, pasukan itu tetap boleh memberi ancaman seperti yang dipamerkan Laos pada aksi kelayakan bulan lalu. 

Cools berkata, semua pemain kini sudah siap secara mental dan fizikal untuk menamatkan saingan antarabangsa pada tahun ini dengan rekod tanpa tewas.

“Kita telah bersama lebih seminggu dan pemain sudah menjalani latihan serta rehat secukupnya. Jadi, saya rasa pasukan boleh memberikan perlawanan yang menarik nanti.

“Mengenai Nepal, saya percaya mereka boleh berikan kesukaran sama seperti yang kita hadapi ketika menentang Laos yang mana kita sangat bergelut pada babak pertama.

“Kemudian, selepas menjaringkan gol, segalanya menjadi mudah dan saya harap momentum yang sama dapat diteruskan.

“Kita perlu kuat secara mental, pamer aksi agresif dan pantas tetapi dalam masa sama, kita perlu hormati pasukan lawan,” kata tonggak kelab Jepun, Cerezo Osaka itu. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN