fbpx
Tangkap layar perbualan WhatsApp yang dimuat naik Jalal Dynnz di Facebook.

Sekali dibantu, kerap pula meminta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pengguna Facebook tampil menegur secara terbuka sikap segelintir individu yang dilihat kerap meminta bantuan, walaupun pernah dibantu sebelum ini.

Menerusi hantaran yang tular, pengguna, Jalal Dynnz berkata, mesejnya tidak bertujuan untuk mengaibkan sesiapa, sebaliknya sebagai peringatan tentang budaya meminta yang semakin berleluasa.

“Boleh tak kalau orang dah bantu sekali dalam tempoh masa yang singkat, korang ‘stop’ la minta lagi bantuan. Takkanlah setiap kali keperluan habis saya kena tanggung,” katanya.
Menurut pengguna itu, usaha untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40) melalui peluang bisnes tanpa modal juga kurang mendapat sambutan dan kebanyakan mereka memberikan pelbagai alasan termasuklah takut perniagaan tidak laku.

“Sebenarnya malas nak usaha, jadi pilihan yang ada ialah minta bantuan setiap masa,” tegasnya.

Pengguna berkenaan turut menegaskan, alasan popular seperti ‘orang tak duduk dalam kasut dia’ bukan sahaja tidak relevan, malah menunjukkan sikap meminta yang telah sebati dalam jiwa.

“Entah la, saya malas dah jadi hamba untuk golongan ini. Ingat, kalau kita tak nak ubah hidup kita, siapa lagi yang nak ubah. Tuhan tak ubah nasib kita kalau kita tak ubah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN