fbpx
Hamidi pada sidang akhbar berhubung Operasi Satria Jalanan, di Ibu Pejabat JPJ Kuala Lumpur, malam tadi. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

56,561 motosikal diperiksa sejak Januari, 46,314 saman dikeluarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebanyak 56,561 motosikal diperiksa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur dalam pelbagai siri operasi penguatkuasaan di sekitar ibu negara sejak Januari hingga Jumaat lalu.

Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 14,364 motosikal diambil tindakan, manakala 46,314 notis saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Katanya, angka berkenaan menunjukkan tahap ketidakpatuhan yang masih membimbangkan, khususnya dalam kalangan penunggang motosikal.
“Sejak awal tahun sehingga Jumaat lalu, kita mengesan sebanyak 101 kesalahan melibatkan tunggangan bawah umur, tidak memiliki lesen vokasional GDL/CDL (65), manakala tidak mempunyai lesen memandu (13,322).

“Selain itu, sebanyak 7,809 motosikal didapati tidak memiliki Lesen Kenderaan Motor,” katanya pada sidang akhbar selepas Operasi Satria Jalanan, malam tadi.

Hamidi berkata, antara kesalahan utama yang direkodkan sepanjang tempoh tersebut termasuk tidak mematuhi lampu isyarat 958 kes, guna telefon bimbit (37) dan tidak pakai topi keledar (585).

“Turut dikesan kesalahan teknikal termasuk nombor pendaftaran, lampu, tayar, cermin sisi, ubah suai iaitu sebanyak 4,274 kes,” ujarnya.

Beliau berkata, pihaknya turut menjalankan beberapa siri operasi bersepadu bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi membanteras penunggang di bawah pengaruh dadah.

“Sepanjang tempoh berkenaan juga seramai 82 individu menjalani ujian saringan AADK, terdiri daripada 71 penunggang dan 11 pembonceng.

“Daripada jumlah itu, lapan penunggang disahkan positif dadah, manakala seorang pembonceng turut dikesan positif,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN