fbpx
Seekor tapir jantan yang mati akibat dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di KM 39, Jalan Kuala Terengganu - Bukit Besi berhampiran Kampung Diman, Hulu Terengganu hari ini.

Tapir mati dirempuh Triton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU TERENGGANU – Seorang lelaki yang memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda, Mitsubishi Triton berdepan detik cemas apabila berhadapan dengan dua ekor tapir yang tiba-tiba melintas jalan di Kilometer 39 Jalan Kuala Terengganu – Bukit Besi berhampiran Kampung Bukit Diman di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 6.45 pagi itu, salah seekor daripada tapir berkenaan maut dirempuh kenderaan Mitsubishi Triton dipandu lelaki berusia 27 tahun berkenaan.

Tapir jantan terbabit mati di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di beberapa anggota badan dan ini kejadian ketiga tapir mati dilanggar kenderaan di Terengganu pada tahun ini selepas dua insiden di Kemaman bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, sewaktu kejadian, pemandu kenderaan pacuan empat roda itu dalam perjalanan ke Jerangau, Dungun dari Wakaf Tapai, Marang.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, dua ekor tapir tiba-tiba meluru masuk ke tengah jalan dari kawasan hutan berhampiran.

“Pemandu Mitsubishi Triton berkenaan gagal mengelak lalu merempuh salah seekor daripada haiwan liar tersebut,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN