fbpx
Ikan-ikan itu diberi makan 5,000 kilogram cili setiap hari. - Baidu

Pemilik kolam beri ikan makan 5,000 kilogram cili 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Seorang pemilik kolam ikan di selatan China mengundang perhatian orang  ramai selepas mendedahkan bahawa dia memberi makan 5,000 kilogram cili kepada ikan ternakannya setiap hari, lapor laman berita South China Morning Post. 

Kolam ikan itu terletak di Changsha, wilayah Hunan. Ia diurus oleh seorang penternak ikan bernama Jiang Sheng, 40, dan rakannya, Kuang Ke. 

Menurut Ke, kolam seluas 4.04 hektar itu menempatkan lebih 2,000 ekor ikan.

“Semasa waktu puncak, kami memberi makan sehingga 5,000 kilogram cili setiap hari. Cili yang dimakan oleh manusia boleh diberikan kepada ikan. 

“Ikan-ikan itu akan memiliki bentuk yang cantik, rasa isinya semakin menyerlah dan sisik berkilat,” kata Ke. 

Sheng tampil menjelaskan bahawa ikan tidak mempunyai deria rasa seperti manusia, sebaliknya hanya bergantung pada deria baru. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI