PERNAH dilabel ‘surat khabar lama’ menjadi antara faktor utama kejayaan Emma Firyana Saroji menjuarai edisi pertama Piala Dunia Boling Padang 2025, minggu lalu. Pencapaian itu membolehkan Emma kembali merampas status sebagai ratu boling padang Malaysia, gelaran pernah dipegangnya sebelum ini sekali gus membuktikan umur 39 tahun hanyalah angka buat dirinya. Di sebalik kejayaan terbaharu, mungkin ramai tidak sedar 10 tahun lalu Emma pernah bergelar juara dunia sebelum namanya tersisih daripada skuad kebangsaan selama dua tahun sejak 2022. Kejayaan Emma menjuarai……















