fbpx
Polis memeriksa sebahagian motosikal dalam satu operasi khas pengubahsuaian ekzos motosikal di Jalan Salak - Sepang.

IPD Sepang keluarkan 55 saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Sebanyak 55 saman atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan polis dalam operasi khas pengubahsuaian ekzos motosikal yang dijalankan di Jalan Salak – Sepang di sini.

Operasi yang dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang itu turut menyita dua buah motosikal.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Sepang, Asisten Superintenden, Rudy Syahrizal Elham berkata, sebanyak 159 buah kenderaan telah diperiksa sepanjang operasi dijalankan yang bermula dari pukul 8.30 pagi.

“Dalam operasi yang sama, polis juga membuat pemerikaaan ke atas 102 individu.

“Daripada operasi yang dijalankan, polis telah mengeluarkan 55 keping saman atas pelbagai kesalahan trafik sementara dua buah motosikal telah di ambil tindakan sita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan dengan itu, pihaknya turut menasihatkan mana-mana pemilik motosikal atau motokar yang telah membuat pengubahsuaian ekzos agar memasang semula ekzos asal sebelum tindakan tegas diambil.

“Mana-mana individu yang didapati bersalah membuat pengubahsuaian ekzos sehingga mengganggu ketenteraman awam boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan di bawah Kaedah 103 iaitu di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959), “katanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN