fbpx
GRS mengumumkan meletakkan calon di 55 kerusi DUN pada PRN Sabah ke-17 di Kota Kinabalu kelmarin.

Empat gabungan berentap rebut 73 kerusi DUN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 akan bermula esok memperlihatkan empat gabungan atau blok politik bersaing merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan menjadi penentu hala tuju masa depan rakyat negeri itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan esok sebagai tarikh penamaan calon, pengundian awal pada 25 November ini dan hari mengundi 29 November.

Hari penamaan calon esok dijangka meriah apabila lebih 500 calon daripada empat gabu­ngan parti politik dikatakan bakal bertanding.

Parti-parti bertanding dilihat telah membuat persiapan lebih awal dengan jentera kempen masing-masing untuk memasuki gelanggang penentuan.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menjadi parti pa­ling dominan dengan pengli­batan parti-parti tempatan.

Dalam GRS ada parti Parti Bersatu Sabah (PBS), USNO, LDP, Gagasan, PGRS selain PCS yang mewakili suara lokal.

Istimewanya, GRS kini membentuk kerjasama bersama Pakatan Harapan (PH) yang diwakili PKR, DAP dan juga Amanah.

Gabungan lain yang turut bersaing ialah Barisan Nasional (BN) terdiri daripada UMNO, MCA dan PBRS, Gabungan STAR (STAR dan SAPP) selain PN (Pas, Bersatu dan Gerakan).

Warisan pula memilih untuk bergerak solo dan bertanding di 73 kerusi, manakala KDM cukup berkuasa di kubu-kubu utama di khususnya di Tenom.

Pertarungan PRN Sabah ke-17 juga diramalkan ramai pihak bakal menyaksikan pertembungan paling sengit dalam sejarah politik negeri itu.

Setakat ini, GRS telah mengumumkan senarai 55 calon yang menampilkan gabungan calon berpengalaman dan muka baharu.

BN pula tampil dengan 45 calon hasil kombinasi generasi lama dan pelapis muda dalam usaha memastikan kesinambu­ngannya di Sabah.

Dalam masa sama, Parti Wa­risan Sabah pimpinan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal tampil berani dengan keputusan untuk bertanding di semua 73 kerusi DUN.

Bagi Pakatan Harapan (PH), Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa hari lalu mengumumkan penyertaan 23 calon dalam PRN kali ini.

Selain isu pembangunan dan peluang ekonomi, topik seperti pengurusan hasil negeri, autonomi pentadbiran dan kos sara hidup dijangka menjadi nadi utama kempen parti bertanding.

Bagaimanapun, beberapa kontroversi tercetus termasuk tindakan Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menarik diri sebagai calon BN.

Begitu juga kontroversi membabitkan ketua sayap pemuda STAR, Jordan Jude Ellron meletak jawatan kerana tidak disenaraikan sebagai calon pada PRN kali ini.

Apa pun keputusan pada 29 November ini, PRN Sabah Ke-17 akan menjadi cerminan sebenar denyut nadi politik Borneo. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN