fbpx
Gambar hiasan.

Jemaah haji wajib ambil suntikan vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RIYADH – Semua jemaah haji diwajibkan kerajaan Arab Saudi untuk mengambil suntikan vaksin Covid-19, menurut laporan tempatan.

Menteri Kesihatannya, Tawfiq al-Rabiah berkata, vaksinasi wajib tersebut merupakan syarat yang dikenakan terhadap semua jemaah haji yang bakal menunaikan ibadah berkenaan pada Julai hadapan.

Bagaimanapun, beliau tidak mengesahkan sama ada jemaah dari luar negara berkenaan akan diberikan kebenaran untuk mengerjakan haji, namun menegaskan suntikan vaksin adalah syarat utama untuk menyertainya.

Tahun lalu, Riyadh membuat keputusan bersejarah untuk mengehadkan jumlah jemaah haji ekoran pandemik Covid-19, lapor portal Middle East Eye. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN