fbpx
RASHFORD bekerja keras untuk membuktikan keinginannya menyertai Barcelona secara tetap musim depan. - AFP

La Liga: Rashford berjaya atasi Mbappe, Yamal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARCELONA – Pemain sensasi kelahiran England, Marcus Rashford dianggap antara pemain paling menyerlah secara statistik dalam kempen La Liga musim ini berbanding dua lagi pemain sayap utama seperti Kylian Mbappe dan Lamine Yamal.

Rashford yang mewakili pasukan Barcelona secara pinjaman daripada kelab Manchester United dilihat tidak mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri dengan kancah bola sepak di Sepanyol.

Secara statistik, Rashford yang berusia 28 tahun telah meledak enam gol dan sembilan bantuan gol dalam semua kejohanan sekali gus mengukuhkan kedudukan selaku tonggak penting The Catalan musim ini.

Malah, di peringkat domestik juga Rashford mendahului senarai bantuan gol dengan lima umpanan, mengatasi pemain seperti rakan sepasukan Yamal dan dua tonggak Real, Vinicius Jr serta Mbappe.

Rashford mengakui sangat gembira dengan prestasi semasa yang dipamerkan bersama skuad kendalian Hansi Flick itu dan harap dapat kekalkan rentak hingga berakhir kempen musim ini.

“Secara jujur, saya berada dalam persekitaran yang sukar sejak beberapa musim lepas sehingga menjejaskan prestasi di atas padang.

“Namun, saya mahu terus pandang ke depan kerana percaya dengan kualiti yang saya ada. Jika saya berlatih dengan baik, saya mampu pamerkan prestasi lebih konsisten,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN