fbpx
Ahmad Zahidi pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Putrajaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

‘Tidak pernah bincang rombak Kabinet, itu hak mutlak PM’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Urusan berkaitan rombakan Kabinet tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat Jemaah Menteri kerana perkara tersebut merupakan hak mutlak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi berkata, selain itu, Perdana Menteri juga mempunyai kuasa penuh untuk melantik atau menentukan barisan ahli Jemaah Menteri.

“Tidak pernah ada perbincangan dalam (mesyuarat) Kabinet untuk menyusun semula Kabinet. Tidak pernah.
“Itu hak mutlak Perdana Menteri yang mempunyai kuasa sepenuhnya untuk merombak Kabinet dan melantik sesiapa yang sepatutnya berada sebagai ahli Jemaah Menteri atau pun Timbalan Menteri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di sini hari ini.

Terdahulu media melaporkan, Mesyuarat Khas Jemaah Menteri yang dijadualkan bersidang petang ini tidak akan membincangkan isu rombakan Kabinet, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mengesahkan perkara itu pada Program Jelajah Malaysia Digital di Tawau, Sabah, semalam.

“Rombakan Kabinet tidak dibincangkan. Fokus kami sekarang ialah memuktamadkan soal sama ada akan merayu atau tidak (keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu isu pemulangan 40 peratus hasil Sabah), dan kita akan selesaikan esok,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN