SEJAK kebelakangan ini, media sosial kembali kecoh dengan pelbagai dakwaan tidak berasas berhubung suntikan imunisasi, khususnya vaksin Anti Tetanus Toxoid (ATT) yang diberikan kepada wanita hamil. Antara dakwaan yang tular ialah kononnya vaksin ATT boleh menyebabkan kegemukan dalam kalangan wanita kerana ia diberikan setiap kali mengandung. Vaksin ATT diberikan sekurang-kurangnya dua kali semasa kehamilan dan diulang pada setiap kehamilan untuk memastikan tahap antibodi ibu sentiasa mencukupi bagi melindungi bayi yang bakal dilahirkan. Berita palsu itu mencetuskan kekeliruan dan kebimbangan kepada…














