fbpx
PENUH pesona, berkarakter dabn kemudian bertukar menjadi wanita lantang, Kangana asalnya seorang perempuan yang memiliki daya pemikat yang tinggi sehingga ramai lelaki hebat jatuh cinta dengannya.

Kangana Ranaut si pencinta suami orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AKTRES sensasi Kangana Ranaut sememangnya dikenali sebagai pelakon yang bukan sahaja berbakat besar, malah lantang bersuara.

Keberanian Kangana berkata-kata dan meluahkan ketidakpuasan hatinya sering membikin panas hati banyak pihak. Selesa ataupun serabut, hanya dia yang berani menempelak penggiat industri filem Bollywood yang berat sebelah, suka menindas dan mengamalkan budaya nepotisme.

KANGANA Ranault mudah membuatkan lelaki hebat jatuh cinta kepadanya.

Sehebat mana pun pendirian pelakon filem Raaz: The Mystery Continues itu, ketika awal masuk ke dunia Bollywood, dia bukanlah seorang yang lantang, malah sering dipuji dek wajahnya yang polos dan sifat manja dan lemah lembutnya.

Kata orang, disebabkan cinta tidak kesampaian, Kangana menjadi si pemberontak dan suka berdrama. Sehingga kini dia masih kekal bujang dan memilih untuk bergiat aktif dalam dunia politik. Mengimbas semula rekod kisah percintaannya, Kangana cenderung jatuh cinta dengan suami orang malah kebanyakan lelaki yang terpaut dengannya bukan calang-calang. Ada yang bertaraf superstar dan disanjung ramai.
Gala minggu ini menyenaraikan tiga aktor berstatus suami orang yang pernah menjalin hubungan sulit dengan Kangana.

Aditya Pancholi

Lelaki berstatus suami orang pertama yang menjalin hubungan sulit dengan Kanganaa adalah aktor popular 1990-an, Aditya Pancholi. Bintang Yes Boss itu menjalin hubungan dengan Kangana sewaktu aktres itu masih remaja.

Kangana sendiri pernah mengakui menjadi mangsa keganasan Aditya, sering dipukul sehingga akhirnya terpaksa membuat laporan polis. Saksi juga pernah melihat Kangana ditampar Aditya di tempat awam.

Pada 2019, Kangana memfailkan laporan polis mendakwa Aditya pernah memberinya dadah, merogol dan menyiksanya sejak 2003.
Walau bagaimanapun Aditya menafikan semua tuduhan Kangana. Malah dia dan isterinya, Zarina Wahab memfailkan saman fitnah terhadap aktres itu.

Hrithik Roshan

Skandal Kangana dan pelakon terkenal Hrithik Roshan pernah menggegarkan industri Bollywood satu ketika dahulu. Ketika itu Hrithik masih bergelar suami kepada Suzanne Khan.

Hubungan mereka dikatakan terjalin ketika sama-sama membintangi filem Krrish 3. Hrithik dikatakan pernah melamar Kangana di Paris.
Dalam satu wawancara, Kangana pernah berkongsi tentang bekas kekasihnya yang dilabelkan bodoh. Walaupun tidak menyebut nama, namun ramai meneka individu itu adalah Hrithik.

Hrithik telah membuat laporan polis terhadap Kangana dengan mendakwa aktres itu cuba menghendapnya dengan menghantar beribu e-mel. Namun, Kangana mendedahkan bahawa e-mel tersebut dicipta Hrithik untuk mereka berkomunikasi kerana tidak mahu ‘kantoi’ ditangan si isteri.

Ajay Devgan

Sering dianggap sebagai suami yang setia, siapa sangka aktor terkenal, Ajay Devgan terpaut hati dengan Kangana sewaktu mereka sama-sama membintangi filem Once Upon A Time In Mumbai pada 2010. Keserasian antara mereka mencetuskan gosip hangat apabila dikatakan menjalin hubungan sulit di belakang Kajol.

Selepas kejayaan filem Once Upon A Time In Mumbai, Ajay dan Kangana bergandingan lagi dalam dua filem iaitu Rascals dan Tezz. Sekali lagi gosip mengenai mereka bertiup kencang. Kangana pernah membuat kenyataan bahawa dia menyesal menjalin hubungan cinta dengan suami orang yang rata-rata percaya, dia merujuk kepada hubungannya dengan Ajay.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI