fbpx
Keadaan kereta Proton Wira dan BMW yang terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Marang - Bukit Payong berhampiran Bukit Kor, Marang hari ini.

Buruh binaan maut kemalangan, Proton Wira rempuh BMW

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARANG – Seorang buruh binaan maut selepas kereta Proton Wira dipandunya bertembung dengan kereta BMW di Jalan Marang – Bukit Payong berhampiran Bukit Kor di sini, semalam.

Dalam kemalangan pada pukul 10.30 pagi itu, mangsa, Muhamad Fadhil Ahmad, 34, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Marang, Superintendan Mohd. Sofian Redzuan berkata, sewaktu kejadian, Muhamad Fadhil dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Wakaf Dua, Bukit Payong di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Proton Wira dipandu mangsa dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

“Kereta itu kemudiannya bertembung dengan sebuah kereta BMW dinaiki lelaki berusia 58 tahun dan wanita berumur 26 tahun,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Sofian berkata, pemeriksaan pegawai perubatan yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan Muhamad Fadhil telah meninggal dunia.

Beliau berkata, mayat lelaki itu telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI