fbpx
ISU permainan Roblox dalam kalangan kanak-kanak mencetuskan perdebatan terutama mengenai kesannya kepada generasi muda.

Ada suka, ada bantah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEJADIAN seorang kanak-kanak cedera dikelar senjata tajam yang dikatakan berpunca daripada permainan Roblox mengundang perdebatan pelbagai pihak.

Menerusi tinjauan di media sosial, ada ibu bapa mempertahankan permainan Roblox yang dipercayai memberikan pelbagai perkara positif antaranya menjadikan anak mereka kreatif di samping platform menghilangkan stres belajar.

Ada juga yang membantah permainan itu dengan mengatakan ia banyak perkara buruk dan mengundang elemen negatif, sekali gus berharap ia diharamkan di Malaysia.

Salah seorang ibu berkongsi mengenai anak lelakinya yang didakwa suka menipu sakit kerana tidak mahu ke sekolah kerana hendak duduk di rumah bermain Roblox.

Bukan itu sahaja, anaknya berusia sembilan tahun itu sanggup bangun awal pukul 5 pagi untuk bermain Roblox, bahkan menipu tidak ada kerja sekolah diberikan oleh guru.

Punca perihal yang berlaku ini tidak seharusnya ditujukan kepada permainan Roblox 100 peratus, hakikatnya menjadi peranan dan tanggungjawab ibu bapa memastikan pemantauan dan kawalan ke atas anak mereka dalam permainan tersebut.

Penulis pernah melihat dalam kalangan orang di sekeliling sendiri bahawa anak mereka gemar bermain permainan video, menonton rancangan kegemaran dan sebagainya, namun diberikan mengikut had dan kawalan.

Ia termasuk dari segi penggunaan tempoh gajet telefon bimbit, tablet atau komputer, pemantauan kandungan yang ditonton atau dimainkan, malah ia tidak menjejaskan rutin harian anak mereka termasuk pembelajaran dan sebagainya.

Apabila anak sudah pandai menipu tidak mahu ke sekolah semata-mata mahu bermain Roblox atau permainan video yang lain, menunjukkan mereka ketagihan skrin akibat penggunaan berlebihan.

Seterusnya dibimbangi akan memberi kesan kepada perkara lain termasuk dari segi masalah emosi, gangguan tidur kanak-kanak dan hilang fokus belajar. Mereka ini belum matang, sudah tentu bimbingan ibu bapa adalah penting.

Pakar Psikologi Klinikal Kanak-Kanak dan Remaja CPC International, Dr. Noor Aishah Rosli berkata, ibu bapa perlu memantau termasuk meletakkan syarat kepada anak-anak sekiranya mahu memberikan telefon bimbit kepada mereka.

“Misalnya bermain sekejap sahaja dalam tempoh dua jam dan ada peraturannya. Kena bagitahu mereka jenis game apa yang boleh bermain, perhatikan permainan yang dimain sama ada mereka mengikut nasihat kita atau sebaliknya.

“Kita yang dewasa dan berakal ini perlu pantau kerana dibimbangi mereka terjebak dengan perkara tidak elok,” katanya.

Katanya, kanak-kanak terbawa-bawa Roblox ke alam realiti sehingga tak sedar antara rasional dan bukan rasional.

“Ibu bapa mesti pantau tidak boleh ambil mudah kerana Roblox turut dimainkan orang dewasa,” katanya.

Noor Aishah berkata, ada kajian mengatakan kanak-kanak terdedah dengan aksi dan watak ganas, lama-kelamaan mereka hilang rasa empati dan kasihan kepada orang lain.

“Siang malam pagi petang didedahkan dengan permainan game ganas dan membunuh, lama-lama hilang empati dalam diri. Malang untuk kanak-kanak baru hidup enam, tujuh, lapan tahun tapi tak kenal emosi baik, positif dan sayang menyayangi.

“Budak kecil tak pandai kawal emosi. Sudahlah tidak diajar emosi oleh ibu bapa dari kecil, terdedah pula dengan permainan ganas hingga hilang empati.

“Tambah lagi mereka tak pandai kawal emosi, nak marah, menghentak bila kalah bermain dan mencarut. Jadi ini antara faktor disebabkan permainan video ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN