fbpx
Tangkap layar rakaman papan pemuka (dashcam) ketika kemalangan tersebut berlaku.

‘Lepas langgar tinggal macam tu saja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pemilik kenderaan meluahkan rasa kecewa apabila kenderaannya dilanggar sebuah Toyota berwarna perak di kawasan parkir di Permas Jaya, Johor Bahru baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok oleh @penyulam.aksara, kenderaan tersebut dilanggar dari arah belakang ketika sedang diparkir, namun tanpa rasa bersalah, pemandu Toyota itu keluar dan terus berlalu pergi.

Difahamkan, bahagian belakang kenderaan mangsa mengalami kerosakan teruk akibat hentaman kuat.

Menurutnya, pemandu Toyota terbabit melarikan diri tanpa meninggalkan sebarang maklumat atau nota kepada pemilik kenderaan berkenaan.

“Kereta dilanggar, pelaku tinggalkan lokasi seolah-olah tiada apa berlaku. Kejadian di Permas Jaya pada 3 November sekitar jam 4.27 petang,” tulisnya di ruangan video.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai pengguna media sosial yang meluahkan rasa marah terhadap sikap pemandu kenderaan Toyota tersebut.

“ Buat laporan polis dan tuntut insuran kereta tu, nanti biar pihak polis saman Toyota tu,” komen @fuzie335

“Tak boleh nak buat apa dekat situ. Benda tak boleh parking bertindih tapi buat juga. Pihak berkuasa pun tak ambil tindakan,” kata Mohd Arzali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN