fbpx
Rundi (tengah) menyaksikan Pengarah Pertanian Sarawak, Dominic Chunggat (tiga kiri) dan Magne (tiga kanan) bertukar MoU yang ditandatangani berkenaan pembangunan pusat sumber genetik ikan tilapia hitam di Sarawak.

Empangan Sarawak jadi zon akuakultur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUCHING – Kerajaan merancang untuk memanfaatkan empangan hidroelektrik seperti Bakun, Murum, Baleh dan Batang Ai sebagai zon akuakultur masa depan, yang akan turut menumpukan kepada penternakan ikan tilipia hitam berskala besar.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata dengan pembangunan itu, Sarawak diyakini berpotensi besar menjadi peneraju bukan sahaja dalam industri tilapia tetapi juga seluruh sektor akuakultur pada masa depan.

“Kita mempunyai banyak empangan, Empangan Bakun sahaja sebesar Singapura dan buat masa ini hanya Empangan Batang Ai yang digunakan untuk akuakultur, tetapi kita mempunyai empangan lain seperti Bakun, Murum dan Baleh yang boleh dimanfaatkan.

“Apabila keadaan air di empangan matang, kita boleh mewujudkan zon akuakultur di situ,” katanya dalam sidang media sempena majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Blue Future Holding dengan Kerajaan Sarawak berkenaan pembangunan pusat sumber genetik ikan tilapia hitam di sini, hari ini.

Justeru, Rundi menyifatkan pembangunan pusat sumber genetik ikan tilapia hitam tersebut sebagai pemangkin perubahan dalam usaha memodenkan penternakan tilapia di Sarawak.

“Kami sudah mengenal pasti tapaknya…kawasan yang diperlukan tidak besar dan kita mempunyai tanah yang mencukupi iaitu kira-kira 200 ekar telah dikenal pasti, dan mereka mungkin hanya memerlukan sekitar 50 ekar. Ini untuk tujuan penyelidikan dan kemudian akan dikembangkan.

“Matlamat saya ialah untuk membantu para penternak ikan yang selama ini berusaha tetapi tidak mendapat hasil yang memberangsangkan. Dengan kemudahan dan bekalan anak ikan yang berkualiti, mereka boleh membangunkan sistem sangkar ikan,” katanya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN