fbpx
SLOT perlu memastikan kemenangan ke atas Real bagi mengembalikan keyakinan peminat ke atas dirinya. - AFP

Jawatan, kemenangan taruhan Slot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Arne Slot melabel pertemuan dengan Real Madrid dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Anfield awal pagi esok sebagai detik istimewa buat pasukannya yang kini dipalit masalah prestasi.

Di sebalik tekanan termasuk masa depannya di Anfield turut dipersoalkan, Slot mengidam untuk menghadirkan sesuatu yang manis buat para penyokong.

Disebabkan itu, Slot mengakui kemenangan 2-0 ke atas Aston Villa pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), Ahad lalu hadir tepat pada masanya.

“Perlawanan UCL sentiasa mempunyai makna istimewa dan pastinya menentang Real akan memberikan cabaran lebih besar buat kami, malah ia juga cukup unik.

“Kami akan berdepan ujian sebenar, namun kami tidak sabar untuk harunginya dengan penuh harapan,” kata pengurus dari Belanda itu.

SLOT

Tonggak pertahanan The Reds, Virgil Van Dijk menjelaskan kerja keras akan terus dilakukan bagi memastikan gawang mereka kebal dan tidak terus dirobek memandangkan Liverpool akan mengharungi dua aksi sukar selepas ini bermula menentang Real Madrid dan Manchester City.

Van Dijk menjelaskan tiada guna memiliki penyerang yang bagus sekiranya barisan pertahanan tidak mampu melaksanakan tugas dengan lebih sempurna.

“Perkara asas untuk memenangi perlawanan adalah tidak bolos dan tiada siapa mahu perkara itu terjadi. Bukan sengaja kami biarkan gawang bolos dan pastinya kami kena terus bekerja keras,” kata Van Dijk.

Kepulangan prestasi terbaik Mohamed Salah juga dilihat memberikan keyakinan tambahan buat Liverpool selepas meledak gol peribadi ke-250 bersama kelab itu dalam semua kejohanan ketika menumbangkan Villa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI