Pada masa kini, ramai penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) bergelar content creator, salah seorang daripadanya ialah Nur Amalina Abdul Aziz, atau lebih mesra disapa Mina.
Bermula dengan perkongsian mengenai fesyen, kini gadis berusia 22 tahun yang berasal dari Terengganu ini telah meÂlebarkan sayap sebagai pencipta kandungan serta menjadi affiÂliate.
Kepada Kosmo! Ahad, penuntut Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kewartawanan) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini berkongsi impiannya beraksi di kaca televisyen serta menjadi content creator berjaya.
KOSMO! AHAD: Kongsikan mengenai diri anda?
Mina: Anak bongsu daripada tujuh beradik, seorang yang peÂramah dan mudah mesra tetapi ambil masa untuk selesa dengan orang baru.
Ceritakan perjalanan Mina sebagai content creator?
Saya mula buat content creator sejak 2023, ketika baru meÂnyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda. Pada awalnya, hanya berkongsi gaya pakaian harian ke kampus namun tidak sangka ramai yang bertanya dan berminat dengan cara saya bergaya. Dari situ saya mula buat affiliate.
Kini saya mula terima tawaran daripada jenama kosmetik dan penjagaan kulit untuk membuat ulasan produk. Kejayaan saya meraih tempat kedua dalam Sobella Makeup Battle di UiTM Shah Alam membuatkan pengikut di media sosial meningkat.
Antara belajar dan content creator?
Bagi saya, pendidikan tetap penting. Ramai nampak jadi content creator ini adalah jalan mudah untuk dikenali dan menjana pendapatan sampingan tapi ilmu, disiplin dan usaha tetap diperlukan.
Malas belajar semata-mata kerana mahu menjadi content creator atau pempengaruh sebenarnya hanya akan merugikan diri sendiri.
Pengalaman paÂhit yang boleh diÂkongsi?
Orang pertikai cara saya bersolek, mereka kata nampak kusam selain mempersoalkan tentang tanda lahir di mata. Itu lumrah apabila anda dikenali di media sosial.
Apa yang paling penting dalam diri seorang pempeÂngaruh?
Setiap pempengaruh perlu jujur dengan apa yang mereka kongsikan di media sosial. Tanggungjawab terhadap setiap kanÂdungan yang dihasilkan sangat penting agar tidak menyebarkan maklumat salah, kerana sekali kepercayaan orang hilang, sukar untuk mendapatkannya kembali.
Content creator ‘lubuk emas’ untuk jana pendapatan?
Ramai berfikiran begitu sebab hanya nampak hasil kerja content creator. Mereka tidak mengeÂtahui proses kerja dilakukan itu mengambil masa, ketekunan dan ketahanan mental.
Selain itu, setiap influencer perlukan kreativiti yang tinggi. Bukan sekadar rakam, ambil gambar dan kongsi di media sosial.
Masa lapang anda ke mana?
Saya suka ke pantai atau window shopping. Dua benda wajib yang saya akan bawa kalau keluar adalah telefon dan lipstick.
Mina lima tahun lagi?
Saya mahu jadi pembaca beÂrita seperti Hawa Rizwana. Walaupun sudah ada kerjaya profesional, saya tetap mahu teruskan minat sebagai content creator.
Ciri lelaki yang tidak disukai anda?
Saya tak suka lelaki yang suka menghilangkan diri bila ada salah faham. Saya mahu komunikasi antara pasangan tapi kalau lelaki itu suka mengelak, dia tidak sesuai dengan personaliti saya.














