fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran oleh @Nurul Nasihah yag dimuat naik di laman TikTok.

Padah tidur waktu maghrib, malam disangka siang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Gelagat seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang tersalah waktu apabila mahu pergi ke sekolah pada pukul 8 malam mencuit hati pengguna media sosial.

Menerusi hantaran video di TikTok milik ibunya, @Nurul Nasihah, kanak-kanak itu dilihat ingin bergegas ke sekolah dengan lengkap memakai baju sekolah dan tudung, tanpa menyedari hari masih malam.

“Dia tidur waktu maghrib, bangun pukul 8 malam dan sangka dah pagi. Saya pula tak sanggup nak hantar sampai ke sekolah,” tulis Nurul di ruangan komen.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen terhadap hantaran tersebut.

“Semua orang majoritinya pernah melalui pengalaman ini. Haha,” ujar @EffaFaisal.

“Mesti dia nangis sebab malu,” komen @N.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI