fbpx
Anwar di Parlimen hari ini. Foto JAPEN

Perjanjian ART ada ‘exit clause’, tidak terikat dengan AS – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri memaklumkan pemeteraian Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) sebelum ini disertakan dengan ‘exit clause’ atau klausa keluar.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, menerusi perjanjian tersebut, negara boleh menamatkan atau menarik diri secara sah sekali gus tidak terikat dengan negara ‘Uncle Sam’ tersebut.

“Perjanjian perdagangan ini semuanya ada ‘exit clause’ (kluasa untuk tamatkan perjanjian) dan kenapa kita tandatangani juga?

“Ini kerana kita perlu pelaburan dan perdagangan tinggi dengan AS, namun soal menyerah (kepada AS) itu tak timbul. Begitu juga dengan negara China. Dulu apabila kita baik dengan China, kita juga diserang.

“Sekarang nampak baik dengan AS pun tak boleh, jadi nak dengan siapa? Nak baik dengan negara mana? Kelantan dan Kedah sahaja? Itu pun saya baik. Tapi kena (baik) dengan semua,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) yang ingin tahu sama ada perjanjian ART akan menguntungkan Malaysia.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI