MANCHESTER – Pengendali Manchester United, Ruben Amorim dilapor berminat untuk mendapatkan khidmat penggempur Barcelona, Robert Lewandowski ketika kontraknya di Nou Camp bakal berakhir hujung musim ini.
Amorim percaya pemain tersebut masih mampu memberikan impak buat United biarpun pada usia 37 tahun, malah dia dianggap salah seorang penyerang paling prolifik di dunia sejak lebih sedekad lalu.
Pemain antarabangsa Poland itu meledak 344 gol dalam 375 penampilan bersama Bayern Munich dan menenangi lapan gelaran Bundesliga dan di Barcelona dia kini sudah meledak 100 gol untuk tempoh tiga musim di Nou Camp.
Biarpun memiliki reputasi yang cukup cemerlang, Barcelona dilapor tidak bersedia memberikan kontrak baharu menyebabkan Amorim bersedia untuk mencapai peluang itu untuk bergabung dengan pemain yang cukup diminatinya.
Bagaimanapun, hasrat berkenaan mungkin sukar untuk direalisasikan apabila pemilik saham United, Sir Jim Ratcliffe bersedia untuk menyekat perpindahan berkenaan kerana menjangkakan ia bukan pilihan yang bijak
Ratcliffe percaya ia United bakal membuat kesilapan berulang jika membawa masuk Lewandowski seperti mana ketika mereka mendapatkan Cristiano Ronaldo, Raphael Varane, Edinson Cavani dan Bastian Schweinsteiger yang tidak memberikan mereka impak besar.
Jumlah gaji yang diterima Lewandowski iaitu sekitar £400,000 (RM2.24 juta) seminggu juga dilihat bakal memberikan masalah buat United untuk membawanya ke Old Trafford. – AGENSI














