fbpx
JOVAN Motika tampil cemerlang apabila menghasilkan gol kedua Negeri Sembilan untuk tewaskan PDRM FC 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, semalam.

Liga Super: Nidzam gembira lihat komitmen pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Kemenangan 2-0 Negeri Sembilan ke atas PDRM FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, semalam menghidupkan harapan buat penyokong di negeri itu untuk menyaksikan kebangkitan semula di pentas Piala FA.

Rabu ini, skuad kendalian Nidzam Jamil berdepan tugasan penuh liku untuk mengecewakan Selangor FC yang tewaskan mereka 4-0 pada perlawanan pertama suku akhir Piala FA, 18 Oktober lalu.

“Daripada segi objektif, kami sangat gembira kerana meraih tiga mata di gelanggang sendiri dan kita ingin menjadikan gelanggang ini tempat istimewa. Kadang-kadang dalam permainan bola sepak, jika anda menekan terlalu cepat, ia membuka kepada kesilapan.

“Secara keseluruhan, saya rasa kita gembira dengan tiga mata tetapi jika mahu terus berkembang, masih banyak perkara yang kita perlu tangani,” kata Nidzam.

Pada perlawanan semalam, Negeri Sembilan memperoleh dua gol penting dalam tempoh lima minit menerusi Joseph Esso pada minit ke-53 dan Jovan Motika, minit ke-58.

Perkara paling menggembirakan Nidzam adalah anak buahnya mampu menamatkan perlawanan tanpa bolos dan melabel ia hadir hasil daripada komitmen tinggi daripada pemain.

“Saya rasa sudah lama kita tidak bolos, jadi ini penting, bukan sahaja untuk pasukan. Kami bertahan secara berpasukan dimana bagi saya semua orang melakukan tugasan bertahan dengan baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN