fbpx
Gambar Hiasan

ASEAN ke-47: Ribuan pengamal media ‘berkampung’ di KLCC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Ribuan pengamal media tempatan dan antarabangsa mula ‘berkampung’ di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 hari ini.

Tinjauan Kosmo! di Pusat Media Antarabangsa mendapati ruang itu mula dipenuhi sejak pukul 6.30 pagi tadi, dengan suasana sibuk apabila wartawan, jurufoto selain kru teknikal membuat persiapan bagi melaporkan setiap perkembangan sidang berprestij tersebut.

Ia menyaksikan penglibatan pelbagai agensi media utama dunia termasuk daripada negara anggota ASEAN, malah Amerika Syarikat, China, Jepun dan Eropah turut dilihat mengambil bahagian.

Sebagai kemudahan, pengamal media disediakan ruang kerja yang kondusif, sambungan internet berkelajuan tinggi dan siaran langsung mesyuarat persidangan.

Persidangan berprestij ini bakal menyaksikan detik bersejarah apabila Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadual mengadakan pertemuan empat mata bersama Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang menjadi tumpuan utama hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI